Sistem Pembelajaran Smart Learning

Assalamualaikum pembaca sekelian,

 Alhamdulillah setelah hampir enam bulan saya mengajar al-quran dan tajwid, saya telah berjaya menemui satu kaedah yang mudah, simple, praktikal dan tidak menyusahkan dalam kita nak menguasai ilmu al-quran dan tajwid. Kaedah ni mudah untuk yang mengajar dan juga untuk yang belajar terutamanya. Tapi, saya masih belum tau lagi apakah nama yang sesuai untuk kaedah ni). Kalau ada pun nama yang terlintas, bolehlah kot saya letakkan sistem pembelajaran berkonsepkan ‘Smart Learning’. Kalau anda nak cuba sistem ni, anda boleh mengikuti kelas yang saya ajar ni, ok.

Tip untuk khatam al-quran

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Tentu seronok sekiranya kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak mungkin Tetapi, bila melihatkan naskhah al-quran yang setebal 30 juzuk itu, pastinya semangat kita akan luntur. Jadi adakah mustahil untuk kita mengkhatamkan al-quran? Sudah tentu tidak. Nasihat saya, anda pegang pada kata-kata ni. ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’). Mudahkan.

Jadi, kali ni saya nak kongsikan tip bagaimana untuk khatam al-quran dalam masa sebulan. Kalau 12 bulan, bermakna 12 kali anda khatam. Suatu amalan yang insyaAllah diredhai Allah. Tapi, nak buat amalan ni pun memerlukan suatu komitmen dan disiplin yang tinggi. Kalau tak jangan haraplah.

Baik. Kalau mengikut al-quran resm Uthmani, satu juzuk mengandungi 10 helai. Jadi, bila dibahagikan dengan solat 5 waktu, bermakna anda perlu membaca 2 helai untuk setiap waktu. Ini bermakna anda akan menghabiskan 1 juzuk untuk sehari dan 30 juzuk untuk 30 hari. Dalam setahun anda telah khatam sebanyak 12 kali. Macam mana? Bolehker)?

Sama-samalah kita cuba yer. Semoga tip ini berguna untuk anda. Semoga berjaya!

Nak Mahir?

Hari ni dan esok lega sikit rasanya sebab boleh berehat memandangkan kedua-dua hari ni saya cuti mengajar.

Jadi hari ni saya nak berkongsi bagaimana caranya untuk mahir membaca Al-Quran. Apa yang saya ingin kongsikan bersama anda di sini adalah berdasarkan pengalaman saya.

Sebenarnya hanya belajar Al-Quran sahaja tidak memadai untuk menjadi mahir dalam membaca Al-Quran. Jadi, apakah cara terbaik?

Cara terbaik untuk mahir ialah dengan menjadikan aktiviti membaca Al-Quran itu sendiri sebagai rutin harian anda. Percayalah, inilah cara terbaik sebenarnya untuk mahir membaca Al-quran disamping belajar ilmu yang berkaitan dengan Al-quran, ok.

Diharapkan tips yang terlalu ’simple’ ni dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Namun saya yakin, walaupun ’simple’ tapi bukanlah satu perkara yang ’simple’ untuk semua orang melakukannya.

Entri Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setelah agak lama saya mengajar Al-Quran, inilah baru tergerak hati saya untuk mewujudkan sebuah blog. Dan insyaAllah, melalui blog ini saya akan cuba mempraktikkan segala ilmu saya (tapi saya ni bukanlah pandai sangat)). Dan kepada anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, bolehlah ajukan pertanyaan kepada saya melalui blog ni. Atau pun boleh juga melalui emel saya.

Melalui blog ini juga saya akan mengemaskinikan dengan pelbagai maklumat berguna buat anda(tetapi bukan tentang bukan cara buat duit tau)). Jadi selalulah berkunjung ke blog saya ni yer.


Categories

Archives

September 2014
M T W T F S S
« Dec    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 942 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.